Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

PERKHIDMATAN

SENARAI PERKHIDMATAN YANG ADA DI UNIT KESIHATAN KAMPUS KEJURUTERAAN

  1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
  • Perkhidmatan pesakit luar seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain sakit ringan sahaja. Manakala pesakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung, gout, kolestrol dan anaemia juga disediakan rawatan lanjutan.
  1. PERKHIDMATAN MAKMAL
  • Perkhidmatan yang disediakan seperti ujian air kencing untuk analisis, microbiologi dan haematologi. Ujian yang tidak dapat dijalankan di sini akan di hantar ke hospital berdekatan, IPPT atau makmal swasta.
  1. PERKHIDMATAN AMBULAN
  • Klinik mempunyai 2 buah kenderaan, sebuah van dan sebuah ambulan yang akan digunakan semasa kecemasan samaada sewaktu hari bekerja ataupun selepas waktu pejabat. Selepas waktu pejabat kenderaan ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Keselamatan. Ia juga digunakan semasa aktiviti luar samaada semasa sukan ataupun sebarang aktiviti pelajar yang memerlukan perkhidmatan perubatan serta mengambil pelajar yang memerlukannya ke klinik.
  1. PERKHIDMATAN WAD SEMENTARA
  • Disediakan 5 buah katil untuk pesakit-pesakit yang memerlukan jagaan lanjutan di wad. Perkhidmatan ini hanya dijlankan waktu pejabat sahaja. Sekiranya rawatan berpanjangan pesakit akan dirujuk ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut. Kes-kes yang biasa di rawat di sini seperti demam tinggi, muntah yang berpanjangan dan cirit-birit yang teruk dan memerlukan cairan intravena.
  1. PERKHIDMATAN PERGIGIAN
  • Perkhidmatan pergigian disediakan untuk para pelajar. Perkhidmatannya ialah cucian (Scalling & polishing), cabutan dan tampalan sahaja memandangkan peralatan kelengkapan masih lagi belum mencukupi. Temujanji pergigian di buka setiap hari kecuali hari cuti. Unit pergigian dikendalikan oleh seorang pegawai pergigian dan seorang pembantu pembedahan pergigian.
  1. PERKHIDMATAN RUJUKAN PESAKIT KE HOSPITAL ATAU KLINIK PAKAR
  • Sebarang kes yang memerlukan rawatan pakar akan dirujuk ke klinik pakar kerajaan yang terdekat.
  • Unit Kesihatan mempunyai hubungan rapat dengan Hospital Parit Buntar, Hospital Seberang Jaya, Hospital Daerah Sungai Bakap dan Hospital Bukit Mertajam bagi kemudahan dalam merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan dari pakar perubatan.
  1. PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN PETI KECEMASAN
  • Penyediaan peti kecemasan untuk semua jabatan dan pusat pengajian dengan kadar bayaran yang ditentukan mengikut kelengkapan yang di sediakan.
  1. PERKHIDMATAN KEMPEN KESIHATAN
  • Pihak kami juga akan mengadakan kempen kesihatan dari masa ke semasa mengikut keadaan penyakit semasa untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan
  • masyarakat kampus berkenaan dengan bahaya satu-satu penyakit dengan cara ceramah-ceramah kesihatan dan pameran statik. Kempen-kempen dan pemeriksaan kesihatan juga dijalankan di jabatan-jabatan dan pusat pengajian secara bergerak.
  1. PERKHIDMATAN BERTUGAS DILUAR WAKTU PEJABAT DAN WAKTU REHAT
  • Bertugas di luar pejabat seperti bertugas semasa temasya sukan oleh kakitangan atau sebarang aktiviti lasak pelajar. Kakitangan paramedik juga bertugas pada waktu rehat untuk sebarang kes kecemasan.
  1. PERKHIDMATAN PEMINJAMAN ALATAN PERUBATAN
  • Pihak klinik juga menyediakan beberapa alatan tertentu yang boleh dipinjamkan kepada pesakit yang memerlukan alatan tersebut seperti tongkat, kerusi roda, lumbar support dengan syarat memulangkan semula dalam tempoh 2 minggu.