JEMPUTAN PENCERAMAH DAN FASILITATOR BAGI KURSUS BANTUAN AWAL KECEMASAN
28 April 2024 - Berlangsungnya “Kursus Bantuan Awal Kecemasan” di Dewan PUMA, anjuran seketriat Majlis Perwakilan Pelajar dan Gabungan Anak Pulau Pinang. Terima kasih diucapkan kepada penganjur kerana telah menjemput Pusat Sejahtera USM dan Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan untuk penyampaian ilmu tentang langkah awal yang boleh dilakukan ketika menghadapi situasi kecemasan seperti jantung terhenti, tercekik bendasing,pendarahan,dan sengatan haiwan berbisa. Ceramah disampaikan oleh Dr Sakinah Binti Md Yusof dan Dr Hisyamuddin Seberi manakala sesi praktikal turut dibantu fasilitator daripada paramedik Unit Kesihatan dan Pusat Sejahtera.