MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H UKKJ
Pada 24 April 2024, Unit Kesihatan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di ruang legar klinik dengan konsep 'Raya Dulu-Dulu'. Dekorasi bertemakan ruang tamu rumah kampung dan penggunaan kain sarung sebagai alas hidangan menambah nostalgia suasana kampung, manakala makan berjemaah di atas tikar getah melengkapkan lagi kemeriahan sambutan.
Elemen kelestarian turut diterapkan dengan menyediakan makanan dari katering yang menyediakan pinggan dan sudu bagi mengurangkan penggunaan plastik pakai buang. Staf juga digalakkan membawa bekas makanan sendiri sebagai usaha mempromosikan gaya hidup sifar plastik.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada kami!