Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

PROGRAM KHATAN SEMPENA SAMBUTAN ISRA' & MI'RAJ 1445H/ 2024

NIBONG TEBAL, 15 Februari 2024 - Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj 1445H/ 2024 anjuran Pusat Islam dengan kerjasama Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Khatan bertempat di Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Program berkhatan 2024 EDIT 2

Seramai 7 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak staf Kampus Kejuruteraan telah menyertai program berkhatan kali ini. Program bermula sekitar jam 9 pagi, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daripada cawangan Nibong Tebal hadir bagi memeriahkan program berkhatan ini. Kehadiran anggota berceloreng merah ini bukan sahaja dapat membantu meredakan ketakutan kanak-kanak malah menambah kegembiraan dan keterujaan mereka yang bakal bersunat itu.

Screenshot 2024 0216 102557

Setelah selesai mandi, peserta khatan bersiap-siap menunggu giliran untuk berkhatan. Terdapat 3 bilik yang disediakan untuk proses berkhatan dan ia dilakukan oleh Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan dan Pusat Sejahtera, Kampus Induk.

IMG 20240216 102736

Alhamdullilah program berkhatan berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 11.30 pagi. Semua peserta berkhatan berehat di bilik rehat yang disediakan setelah selesai berkhatan. Selepas berehat, semua peserta dibenarkan pulang setelah diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan.  Pihak Pusat Islam telah menyediakan sijil, hadiah dan set makanan “Marrybrown” diberikan kepada semua peserta khatan.

IMG 20240215 115249