PROGRAM DERMA DARAH 2024
NIBONG TEBAL, 1 Februari 2024 - # 1 BEG DARAH DAPAT MENYELAMATKAN 3 NYAWA, itulah antara salah satu tagline untuk program derma darah yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.
Syukur alhamdulliah program derma darah kali ini mendapatkan sambutan yang sangat menggalakkan. Bertempat di Bilik Persidangan Unit Kesihatan, seawal jam 9.30 pagi, ramai staf dan pelajar telah datang untuk mengisi borang dan bersedia untuk menderma darah.
Program derma darah ini telah berakhir pada jam 2.45 petang. Seramai 63 orang calon yang datang untuk menderma darah. Setelah disaring, sebanyak 47 orang calon yang layak dan berjaya menderma darah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua staf dan pelajar yang sudi datang menderma darah dan menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada Unit Tabung Darah Hospital Seberang Jaya kerana sudi bekerjasama untuk program derma darah ini.