BENGKEL BANK BAHAN MEDIA 2024 (CANVA 2.0)
Bertempat di Makmal PPKT Kampus Kejuruteraan, Unit Media dan Promosi Unit Kesihatan telah berjaya mengadakan Bengkel Bahan Media 2.0 pada 3 Feb 2024, Sabtu yang lalu. Bengkel ini yang mana dikelolakan oleh Dr Sakinah Binti Mat Yusof sebagai pengarah bengkel selaku Pegawai Perubatan incas JK Promosi dan Media Unit Kesihatan ,diadakan bagi bertujuan mengasah bakat dan kemahiran setiap staf untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1 poster , infografik dan artikel yang berkaitan dengan kesihatan dan hari-hari sambutan khas sedunia.Program ini turut bekerjasama dengan JK Kelestarian dengan dimulakan dengan aktiviti gotong royong Taman Mini Lestari n dan cegah tempat pembiakan nyamuk di kawasan dalam dan luar klinik.
Dr Azma Hayati, Pegawai Pergigian telah dijemput untuk berkongsi ilmu tentang mengoptimakan penggunaan canva dalam mereka bentuk poster dan infografik yang menarik. Seterusnya para peserta diberikan masa untuk menyiapkan tugasan mengikut tajuk yang telah diberi terlebih dahulu.
Sebelum majlis bersurai, Dr Suriani Ismail, Pegawai Perubatan juga dijemput untuk berkongsi tentang format dan tips untuk menulis laporan sesuatu program bagi di muat turun ke dalam website rasmi Unit Kesihatan mengikut format dari MPRC Kampus Kejuruteraan.
Semoga setiap staf Unit Kesihatan khususnya, dapat memanfaatkan teknologi semasa untuk terus berkongsi maklumat dengan masyarakat umum terutamanya berkaitan dengan pemerkasaan dan kesedaran isu-isu kesihatan.
Berita disediakan oleh : Dr Sakinah Binti Mat Yusof