Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

USM GREEN UNIT KESIHATAN 2023

Unit Kesihatan di bawah Jawatankuasa Kelestarian terus komited dalam menjayakan agenda kelestarian Universiti diperingkat Unit Kesihatan selaras dengan agenda Kampus Sejahtera Universiti.

Berikut merupakan aktiviti USM Green Unit Kesihatan  sepanjang 2023.

1. Mengadakan 5s dalam ruangan stesen kerja masing-masing secara berkala .5s secara gotong royong melibatkan bilik mesyuarat dan bilik rekod dilakukan pada 3 Mac 2023.

JUALAN KOTAK 2

JUALAN KOTAK


2. Mengumpulkan kotak-kotak terpakai seterusnya di jual kepada pusat pengumpulan barangan terpakai.Penyelaras barangan terpakai  En Abdul Raof PPK Unit Kesihatan dengan kerjasama semua staf telah berjaya mengumpul dan menjual kotak-kotak ,kertas dan buku terpakai pada siri 1,2,3 sebanyak anggaran 900kg keseluruhannya pada tahun 2023.

3. Unit Kesihatan tidak ketinggalan mengamalkan 'Reuse,Recycle' barangan terpakai seperti kotak kertas dan lain-lain. Hasil kreativiti  Dr Azma Hayati Pegawai Pergigian serta pasukan telah berjaya menghasilkan deko raya bertemakan tingkap rumah kayu tradisional menggunakan barangan terpakai.

deko raya 1

deko raya

4. Bagi menghargai alam sambil beriadah petang ,gotong royong mengubah lokasi penanaman pokok-pokok herba dan bunga pada 4 ogos 2023 turut dijayakan AJK Kelestarian yang di ketuai oleh penyelaras taman iaitu Puan Nor Fiza Pokok-pokok yang tumbuh liar dan tidak teratur dibuang dan ditanam dengan pokok-pokok herba yang baru. Pada 12 Desember 2023  gotong royong diadakan bagi menyusun atur tayar recycle, batu bata, pasu-pasu dan pokok-pokok diperkemaskan supaya kelihatan lebih cantik. 

TAMAN LESTARI 
TAMAN LESTARI 3

Disediakan oleh : JK Kelestarian Unit Kesihatan