Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

PROGRAM KHATAN BAGAN SERAI -PENUTUP PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI 2023

BAGAN SERAI, 16 DESEMBER 2023- Bersempena cuti sekolah pada kali ini, Unit Kesihatan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Faizin Bagan Serai telah berjaya melaksanakan program khatan bagi kanak-kanak di Masjid Al-Faizin Bagan Serai.Seramai 14 petugas daripada Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan dengan libatsama 7 petugas daripada Pusat Sejahtera USM Induk turut membantu dalam program ini.

                                    KHATAN 3

 

Sambutan program amat menggalakkan dengan penyertaan 14 kanak-kanak.Peserta selamat dikhatankan oleh 4 mudim iaitu Dr. Ahmad Zaimi Bin Abdul Latiff ,Dr Farhi Bin Abidin, PPP Mohd Noor Safuan Bin Abd Halim dan PPP Encik Md Saiful Syuwari Bin Samuil.

                                 KHATAN 2

Program khatan ini adalah program khidmat komuniti terakhir sebagai penutup tahun 2023.Semoga Unit Kesihatan terus aktif memberi khidmat komuniti sebegini supaya golongan sasar terutama masyarakat komuniti B40 memperoleh manfaat seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari 3 (SDG 3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik dalam komuniti setempat.

                                 KHATAN 1