Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA 2023; KOMUNITI PENERAJU BERSAMA.

Human immunodeficiency virus (HIV) merupakan penyakit global semasa. .Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:        

  • Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi
  • 9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makan
  • 6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV.

Ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hingga tahun lalu (2021), menunjukkan  sebanyak 77 peratus golongan muda dari kumpulan umur 20 hingga 39 tahun di negara ini didapati positif HIV. 

Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV dan bahana AIDS. Setialah pada satu pasangan,hindari seks bebas  dan elakkan daripada perilaku berisiko lain yang menyumbang kepada HIV.

Sebagai ahli komuniti, mari bersama kita memperkasa kesedaran, memberi sokongan psikososial dan jauhi stiqma kepada pesakit HIV/AIDS.

Sama-sama kita mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030.

#ElakkanStigmaJauhiPenyebabnyaBukanPenderitanya
#KomunitiPenerajuBersama

hiv aids

hiv

hiv tak merebak