Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

CME Approach to HIV& STI -The Role of Primary Care

Human immunodeficiency virus (HIV) merupakan penyakit global semasa.  Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hingga tahun lalu (2021), menunjukkan  sebanyak 77 peratus golongan muda dari kumpulan umur 20 hingga 39 tahun di negara ini didapati positif HIV. Di Malaysia sejak 2015 hingga kini, sebanyak 68 peratus jangkitan HIV baharu adalah menerusi hubungan homoseksual dan biseksual.  Disebalik peningkatan perawatan dan penjagaan  pesakit HIV,namun masih wujud stigma dan diskriminasi dalam sistem kesihatan iaitu petugas kesihatan termasuk masyarakat umum.

Berikutan dengan itu,pada 19 Oktober 2023 lalu,Khamis- CME Approach to HIV& STI -The Role of Primary Care telah di anjurkan oleh Unit Kesihatan  di bawah Latihan Skim(U) Fungsian Perubatan untuk menambah pengetahuan Pegawai Perubatan dan paramedik dalam mengendalikan pencegahan STI /HIV.Selain itu dapat menghakis stigma kepada pesakit HIV  dalam kalangan HCW sendiri.

WhatsApp Image 2023 10 30 at 13.06.59

CME tersebut yang diadakan di Bilik Ibnu Sina Pusat Sejahtera telah dihadiri oleh 30 peserta yang terdiri daripada pelbagai skim antaranya pegawai perubatan, paramedik,pegawai pergigian dan staf sokongan daripada unit lain daripada Pusat Sejahtera dan Unit Kesihatan.Selain itu turut hadir peserta yang menyertai secara atas talian melalui Webex.

WhatsApp Image 2023 10 30 at 13.06.57 1

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh emcee Dr Sakinah Binti Md Yusoffseterusnya bacaan doa serta ucapan oleh Pengarah Pusat Sejahtera ,Dr Ahmad Zaimi bin Abdul Latiff.


WhatsApp Image 2023 10 30 at 13.06.58

Unit Kesihatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Dr.Janizahbinti Abd. Ghani,   
KetuaPenolongPengarahKanan  Cawangan HIV/STI/Hep.C,  BahagianKesihatanAwam,   
Jabatan Kesihatan NegeriPulau Pinangkerana atas kesudian beliau menyampaikan ceramah berkaitan lanskap HIV di Malaysia seterusnya CME bertajuk Approach to HIV& STI -The Role of Primary Care.

WhatsApp Image 2023 10 30 at 13.07.00