Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

COASTAL CLEANUP UKKJ 2023

6 Oktober 2023 - Jawatankuasa Kelestarian Unit Kesihatan telah menganjurkan Program Coastal CleanUp bersempena untuk menjayakan bulan International Coastal Cleanup 2023 yang dianjurkan oleh CEMACS USM. Program ini diadakan di Pantai Ban Pecah,Tanjung Piandang melibatkan 9 orang staf Unit Kesihatan.

International Coastal Cleanup adalah kegiatan sukarelawan terbesar di dunia untuk melindungi dan menjaga kebersihan laut. Masyarakat di seluruh dunia berkumpul di pantai, sungai, kawasan air dan lokasi penyelaman bawah air untuk mengutip sampah dan merekodkan maklumat tentang sampah yang dikumpul.

WhatsApp Image 2023 10 12 at 13.33.39

Antara objektif program ialah memperkenalkan Unit Kesihatan antara entiti Universiti Sains Malaysia sebagai pemacu kelestarian dan kesejahteraan komuniti. Selain itu ,program ini juga turut memberi kesedaran dan menggalakkan staf serta masyarakat menjaga serta melindungi alam sekitar termasuk kawasan pantai dan laut.

WhatsApp Image 2023 10 12 at 13.33.38 1

Program yang berlansung selama hampir 3 jam ini berjaya mengumpul sebanyak 30 kg sampah. Laporan data pengkelasan jenis sampah di sediakan oleh Cik Nor Amalina untuk di serahkan kepada pihak CEMACS USM.

Sayangi Pantai, Sayangi Bumi.

Dr Suriani binti Ismail
Pegawai Kelestarian UKKJ