Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

PROGRAM KESIHATAN BERSAMA KHALIFAH MUDA KAFA PUSAT ISLAM

14 SEPTEMBER 2023 -Unit Kesihatan telah berkunjung ke Pusat Islam untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada pelajar KAFA di Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan. Seramai 370 orang pelajar KAFA telah memberikan respon yang sangat positif sepanjang program dijalankan. Pelajar KAFA yang terlibat terdiri daripada pelajar Tahun 1 sehingga pelajar Tahun 5. 

 Safuan Emcee

Ceramah pertama diberikan oleh Dr Azma Hayati binti Mahamad Aziz bertajukSihatkah Gigi Saya?”dan seterusnya disambung dengan Demo Gosok Gigi oleh 4 orang staf Unit Kesihatan dengan menunjukkan cara gosok gigi yang betul menggunakan model gigi. Selepas itu, sebanyak 8 kuiz telah ditanya kepada pelajar KAFA dan semua soalan dapat dijawab dengan baik. Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz diberikan hadiah

 Dr Azma

Ceramah kedua diteruskan oleh Dr Sakinah binti Md Yusof bertajukPendidikan Seksualiti Untuk Kanak-Kanak.” Pelajar-pelajar sangat proaktif ketika mendengar ceramah dengan memberikan respon dan komunikasi dua hala. Lebih kurang jam 4.15pm ceramah dan kuiz telah berjaya tamat seperti yang dirancang. Diharapkan ceramah kesihatan yang disampaikan akan memberikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk semua pelajar KAFA Kampus Kejuruteraan USM. 

Dr Sakinah Talk

Semua

Jawatankuasa Yang terlibat bersama wakil Pusat Islam.

Disediakan oleh ,
Puan Anis