Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

OUTREACH SARINGAN KESIHATAN PROGRAM SUKAN KOMUNITI SUNGAI BAKAP

SUNGAI BAKAP, 10 September 2023 – Seramai 13 orang staf Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM telah menyertai pemeriksaan kesihatan sempena Sukan Komuniti Sungai Bakap dari jam 8 pagi sehingga 130 tengahari pada hari Ahad yang bertempat di perkarangan Padang Taman Seruling Emas Sungai Bakap. Antara aktiviti yang dijalankan adalah saringan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, BMI, saringan diabetis dan konsultansi dari Pegawai Perubatan mengenai masalah kesihatan.

RGT

Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.Seramai 125 orang yang telah hadir untuk menyaring status kesihatan mereka. Rata-rata penduduk yang hadir tidak pernah menyaring status kesihatan mereka.Hasil saringan mendapati , seramai 98 orang daripada 125 adalah pengidap diabetes dan hypertensi dan tidak pernah mendapatkan mana-mana rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

Dengan adanya khidmat komuniti seperti ini ,warga komuniti diberi pendedahan awal tentang pencegahan penyakit kronik Diabetes,Hipertensi ,Obesiti  dan pengamalan gaya hidup sihat .Nasihat  diberikan kepada warga komuniti yang memerlukan rujukan  intervensi dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Disediakan oleh : 
KJ Wan Adibah