Karnival Komuniti Masjid bersama USM
PARIT BUNTAR, 9 September 2023 – Seramai 12 orang staf Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM telah menyertai “Karnival Komuniti Masjid bersama USM” dari jam 8 pagi sehingga 1 tengahari di Masjid Jamek Pekan Tanjong Piandang, Perak.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah kesihatan remaja, saringan kesihatan, pemeriksaan payudara untuk saringan kanser payudara dan pameran kesihatan.
Ceramah pertama disampaikan oleh Dr Suriani Ismail bertajuk “Safe Touch, Safe Circle” manakala ceramah kedua pula disampaikan oleh Dr Farhi Abidin bertajuk “Penyalahgunaan Bahan Terlarang”. Lebih kurang 40 orang pelajar sekolah telah menyertai ceramah ini.
Selain itu, saringan kesihatan penduduk setempat juga dilakukan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Unit Kesihatan telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Tanjung Piandang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan termasuk pemeriksaan tekanan darah, BMI, glukos, kolesterol dan juga konsultasi doktor.
Karnival Komuniti Masjid bersama USM ini melibatkan kerjasama daripada banyak pihak termasuk Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan USM, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM, Klinik Kesihatan Tanjung Piandang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Balai Bomba Dan Penyelamat Parit Buntar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertanian Perak, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain lagi.
Disediakan oleh :
Puan Anis