BASIC EMERGENCY COURSE 2023
Basic Emergency Course (BEC) 2023
Kursus Asas Kecemasan 2023 merupakan kursus julung kali di rancang di bawah Latihan Skim U Perubatan dengan kerjasama utama daripada pasukan Jabatan Kecemasan& Trauma Hospital Sultan Abdul Halim(HSAH) Sungai Petani.Pakej program BEC Jabatan Kecemasan HSAH ini dilengkapi tajuk-tajuk teori dan praktikal asas kecemasan termasuk ACLS , CPR ,Resusitasi ,Pre hospital care dan ilmu pengurusan kepatahan dalam kes trauma, pengurusan kes One Stop Crisis Centre (OSCC) dan pengurusan bencana.
Seramai 30 peserta dalam kalangan Pegawai Perubatan ,Pembantu Pegawai Perubatan dari Pusat Sejahtera,Unit Kesihatan dan Pusat Perubatan USM Bertam berjaya menyertai kursus ini yang di adakan di Kolej Kejururawatan Sungai Petani pada 19 dan 20 Ogos lalu.
Tenaga penceramah dan Fasilitator kursus adalah dari pakar kecemasan dan pasukan Jabatan Kecemasan &Trauma HSAH.
Semoga kursus tersebut dapat meningkatkan kompetensi petugas kesihatan dalam perkhidmatan rawatan kecemasan yang optimum kepada pesakit.