INFLUENZA
Jangkitan influenza disebabkan virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti :
- Kanak kanak bawah 5 tahun
-
Wanita hamil
-
Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
- Rendah daya tahan badan ( kanser, HIV)
- Pesakit kronik ( kencing manis,darah tinggi, asthma dll)
Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom influenza, dinasihatkan untuk tidak berada di tempat awam bagi mengelakkan penularan, dan lakukan ujian kit influenza yang boleh didapati di farmasi atau klinik swasta yang berdekatan.
Vaksin influenza disarankan bagi golongan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan komplikasi jangkitan. Individu yang tidak berisiko digalakkan untuk mengambil vaksin. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan semua individu yang berusia 6 bulan ke atas perlu mendapatkan vaksin setiap tahun berikutan virus influenza mudah untuk mengalami mutasi.
ikuti kami di :