KURSUS NEEDLE PRICK INJURY
9 Jun 2023 - Jumaat, Nibong Tebal.
Unit Kesihatan di bawah Unit Kawalan Infeksi telah menganjurkan Kursus Pengendalian Needle Prick Injury buat julung-julung kalinya yang bertempat di Bilik Persidangan Unit Kesihatan.
Penyelia Jururawat Matron Fazilah dari PKD SPS dan Matron Masaida daripada Klinik Kesihatan Bukit Panchor telah dijemput sebagai penceramah.
Ceramah Needle Prick Injury yang disampaikan oleh Matron Fazilah bermula pada jam 10.00 pagi dengan intipati maklumat yang cukup padat dengan informasi terkini yang harus dipraktikan oleh semua staf Unit Kesihatan sekiranya berlaku insiden needle prick injury di tempat kerja.
Ceramah ini juga menekankan bahawa bukan hanya staf paramedik sahaja yang terlibat, malah semua staf dari pelbagai bidang juga harus cakna dan mengambil prihatin tentang isu needle prick injury ini contohnya seperti staf pembantu perawatan kesihatan yang hari-hari berisiko terdedah dengan bahan sisa klinikal dari jarum yang digunakan dan dibuang keadalam tempat pembuangan sisa klinikal. Selain itu, ahli farmasi dan pekerja pencucian juga harus berhati-hati ketika mengendalikan bahan buangan sisa klinikal sekiranya diberikan tugas untuk melakukanya.
Kursus ini diteruskan lagi dengan penceramah kedua oleh Matron Masaida. Beliau menekankan isu kebersihan merupakan isu yang terpenting didalam mengendalikan setiap prosedur.
Didalam ceramah beliau, Matron Masaida juga melakukan sesi praktikal pembersihan tangan dengan cara yang betul.
Pelbagai info dan SOP terkini dari KKM telah disampaikan buat semua staf.
Terima kasih diucapkan kepada Matron Fazilah dan Matron Masaida dari PKD SPS diatas penyampaian yang amat berguna dan bermanfaat buat kami semua di Unit Kesihatan.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih dan juga tahniah diucapkan kepada Pengarah Program Puan Siti Norlia, serta kepada Ahli jawatankuasa yang berusaha menjayakan program ilmiah yang sangat bermanfaat buat semua staf Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan.
Laporan disediakan oleh ,
Puan Nur Fasihah Binti Mohamad Saad