Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Menerima Kunjungan Lawatan Kerja Dari Pusat Sejahtera Kampus Induk

8 Mac 2023,Rabu,Nibong Tebal.

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah menyantuni kunjungan Lawatan kerja dari Pengarah dan Ketua-Ketua Unit Pusat Sejahtera USM Kampus Induk bagi membincangkan hal ehwal penyelarasan AJK dan melihat sasaran tahunan yang ingin dijayakan bersama.

Kunjungan lawatan kerja ke Unit Kesihatan USM diketuai oleh Pengarah Pusat Sejahtera USM Dr Normala Abdul Wahid bersama Ketua-Ketua Unit yang terdiri daripada Dr Hamidah (Pegawai Pergigian) Dr Norzaliyati (Pegawai Perubatan), Puan Nurul Insan (Juruteknologi Makmal Perubatan), Encik Hasan (Penolong Pegawai Tadbir),Puan Azima (Penyelia Jururawat) , Encik Muhammad Ubaidah (Ketua Jururawat),Puan Mazura (Penolong Pegawai Farmasi),dan Encik Muhammad Ridhwan (Penolong Pegawai Perubatan).

Ketua Unit Kesihatan Dr Farhi Abidin telah memberikan penerangan tentang sasaran yang telah ditetapkan dan Pengarah Pusat Sejahtera Dr Normala Abdul Wahid turut memberi input membina yang boleh dimurnikan supaya lebih menyerlahkan potensi organisasi di kalangan masyarakat dalam dan luar kampus.
Unit Kesihatan mengambil peluang mendengar ucapan keraian staf Pusat Sejahtera yang bakal berpencen pada tahun ini.Sumbangan cenderahati buat Matron Azima yang akan berpencen turut di berikan pada lawatan tersebut.

LAWATAN PS 5

LAWATAN PS 4 1

LAWATAN PS 2

 

HADIAH MATRON AZIMA

Di akhir lawatan ini, pasukan Pusat Sejahtera dan wakil dari pasukan Unit Kesihatan iaitu Puan Wan Adibah selaku Ketua Jururawat juga mengambil kesempatan menziarahi bekas Ketua Jururawat Unit Kesihatan, Puan Azizah yang baru bersara dan ditimpa musibah kemerosotan kesihatan beberapa bulan yang lalu.
Keadaan Puan Azizah kini beransur pulih dan masih dalam peringkat pemulihan dan memerlukan sokongan padu dari ahli keluarga.Seluruh kakitangan dari pasukan Unit Kesihatan dan Pusat Sejahtera USM mendoakan agar beliau dapat pulih sepenuhnya dalam masa terdekat seperti sediakala. Semoga ziarah ini dapat memberi semangat dan sokongan kepada beliau.
 
ZIARAH K.ZAH