Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Kursus Mencipta Poster Menggunakan Canva & USM Fit Unit Kesihatan

12 Mac 2023 ,Ahad -  Staf Unit Kesihatan telah memanfaatkan waktu pada hujung minggu dengan melibatkan diri dengan aktiviti USM fit dan latihan mencipta poster menggunakan aplikasi canva. Aktiviti ini telah disertai seramai 14 orang staf termasuk Ketua Unit Kesihatan, Dr Farhi bin Abidin.
 
Bermula pada pukul 8.00 pagi, setelah senaman regangan dilakukan, peserta meneruskan aktiviti  'brisk walk'  mengelilingi Kampus Kejuruteraan USM sekaligus sasaran yang di tetapkan tercapai  iaitu 3000 langkah dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Objektif adalah untuk menerapkan budaya bersukan dalam kalangan warga Unit Kesihatan sebagai salah satu   langkah ke arah menjayakan program USMFit.
 

USM fit 4

USM fit 5

USM fit 2

USM fit 3

Diikuti dengan sesi pembelajaran aplikasi canva di Makmal Komputer PPKT pada pukul 9.30pagi yang dibentangkan oleh  Dr Azma Hayati. Hasil kursus tersebut, setiap peserta telah  berjaya menghasilkan sekurang kurangnya satu poster yang berkaitan dengan hari kesihatan.

Semoga staf Unit Kesihatan lebih mahir dalam menghasilkan poster seterusnya dapat mencapai objektif kursus iaitu mengaktifkan media sosial serta website Unit Kesihatan sebagai medium advokasi dan promosi kesihatan umumnya.
 
CANVA
 
 
CANVA 2
 
#GoingToGrow#USMFit#UnitMedia&PromosiUKKJ