Program 'Outreach' Saringan Kesihatan Mac 2023
Unit Kesihatan telah berjaya menganjurkan Program Outreach Saringan Kesihatan kepada 4 Jabatan iaitu Jabatan Pengarah,Pendaftar,Bendahari,Keselamatan pada 7 Mac 2023 yang lalu.Objektif program adalah untuk menyaring penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu penyakit darah tinggi,kencing manis ,kolesterol tinggi,obesiti dalam kalangan staf Kejuruteraan seterusnya dapat memberikan nasihat pencegahan ( intervensi awal ) atau rawatan kepada yang memerlukan. Seramai 30 orang yang hadir mengambil darah dalam program tersebut.
Saringan Kesihatan Di Bilik Seminar (Bangunan Pentadbiran) 7 Mac 2023
Pada 15 Mac 2023 pula ,Unit Kesihatan telah dijemput untuk membuat saringan kesihatan kepada staf Perpustakaan USM Kejuruteraan.Seramai 18 staf yang hadir untuk saringan.Terima kasih atas penganjuran program ini serta sokongan yang diberikan staf.Diharapkan program ini dapat dilaksanakan di Pusat tanggungjawab (PTJ) atau Jabatan lain pula.
Saringan Kesihatan di Perpustakaan 15 Mac 2023
Bagi warga USM yang berumur 40 tahun ke atas di nasihatkan untuk hadir ke Unit Kesihatan untuk membuat saringan kesihatan NCD untuk mengetahui status kesihatan mereka. Semoga warga staf dan pelajar USM Kejuruteraan terus dapat mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok,pemakanan sihat dan kekal aktif supaya dapat mengekalkan kesihatan mental dan fizikal.
#Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati .