Hari Bersama Si Cilik Pusat Islam
26 Ogos 2022 - Unit Kesihatan telah berkolaborasi dengan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM dalam menganjurkan satu program kesihatan bersama dengan pelajar di Tadika Pusat Islam yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun.
Program dimulakan pada 9.30pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari wakil Pusat Islam, Ustazah Nor Fadhilah binti Wahab.Safe Circle. Pelajar didedahkan tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat secara tidak langsung mendidik tentang keselamatan seksualiti kanak - kanak.
Ceramah pertama disampaikan oleh Dr Suriani,dengan tajukCeramah kedua pula memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik yang betul untuk membasuh tangan ,etika batuk dan penyakit berjangkit yang mana disampaikan oleh Dr Sakinah.
Kedua-dua penceramah merupakan Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan.
Pegawai Pergigian dari Unit Kesihatan; Dr Azma Hayati pula telah mengetuai Unit Pergigian dalam mempromosikan kesihatan gigi dan teknik menggosok gigi dengan betul. Setelah demonstrasi teknik menggosok gigi, pemeriksaan gigi secara percuma ditawarkan kepada pelajar dan di beri hadiah cenderahati berupa ubat gigi, berus gigi dan buku tentang penjagaan gigi.
Program tersebut diakhiri dengan praktikal menggosok gigi dan penyampaian cenderahati kepada wakil Pusat Islam. Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua peserta.
Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dan program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Dr Sakinah Md Yusof