Kursus Infection Control
18 MEI 2022- Setelah sekian lama tiada penganjuran kursus bersemuka sejak pandemik COVID-19,Alhamdulillah Unit Kesihatan dengan kerjasama daripada Pusat Transformasi Insan (PTI ) Induk, berjaya menganjurkan Kursus Infection Control pada 18 Mei lalu.Penyertaan adalah seramai 28 orang peserta dalam kalangan Pegawai Perubatan dan Pergigian serta paramedik ,kakitangan Skim -U dari Unit Kesihatan dan Pusat Sejahtera.Kursus bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 1 petang.
Ceramah Infection Control disampaikan oleh Encik Ismail Bin Amad merupakan Penolong Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Daerah Seberang Prai Selatan. Antara objektif kursus adalah untuk mengemaskini pengetahuan tentang kawalan infeksi dalam kalangan petugas kesihatan klinik dan menambahbaik mutu peranan petugas dalam pematuhan SOP kawalan infeksi. Antara aktiviti lain adalah sesi praktikal PPE Donning & Doffing ,Etika Disinfeksi dan Sterilisasi.
Semoga hasil input dari kursus ini,petugas kesihatan dapat mengamalkan cara pencegahan kawalan infeksi semasa menjalankan tugas harian operasi jabatan dengan menyeluruh secara efisien dan konsisten.Maka secara tidak langsung ,dapat meningkatkan prestasi kerja kakitangan dalam pematuhan kepada SOP kawalan infeksi.