Medicine Myths
25 JULAI 2019 (Khamis) - Unit Kesihatan telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk "Medicine Myths" di Bilik Seminar Unit Kesihatan. Ceramah ini diberikan oleh Miss Joyce Ng Sui Yee, Pegawai Farmasi dari Pusat Sejahtera, Kampus Induk. Seramai 29 orang peserta telah menghadiri ceramah ini yang bermula dari jam 3 petang sehingga 4 petang.
Ceramah "Medicine Myths" ini memberikan penjelasan berkenaan penggunaan ubat-ubatan yang betul supaya ubat yang diambil mencapai kesan optimum untuk pesakit. Selain itu, Miss Joyce juga merungkai 11 kemusykilan tentang pengunaan ubat-ubatan yang biasa berlaku di kalangan pesakit. Sesi akhir ceramah ini memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya kepada penceramah berkenaan sebarang kekeliruan berkaitan pengunaan ubat-ubatan. Alhamdullilah sesi ceramah 1 jam ini berlangsung dengan lancar. Diharapkan para peserta mendapat manafaat dan ilmu yang berguna dalam menjaga kesihatan dan kehidupan yang lestari.