Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

HARI TIBI SEDUNIA 24 MAC 2024

Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun bagi memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882.

Tujuan sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh negara.

Tanda dan gejala penyakit Tibi adalah:

  • Batuk yang berpanjangan iaitu melebihi dua (2) minggu.
  • demam, berpeluh waktu malam.
  • kurang selera makan, susut berat badan
  • batuk berdarah.

Individu yang mempunyai simptom diminta menjalani pemeriksaan awal di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.

Rawatan bagi penyakit Tibi adalah kombinasi empat jenis antibiotik dan perlu diambil secara berterusan selama enam bulan.

3. 24 Mac TB Infographic

KKM menyarankan agar semua pesakit sentiasa mematuhi jadual rawatan yang telah ditetapkan. Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan.