Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

UBAT YANG SESUAI DIBAWA SEMASA PERJALANAN JAUH

IMG 20240326 WA0016

 

Ketika melancong atau pulang ke kampung, sediakan ubat-ubatan am bagi melancarkan perjalanan anda.

Ubat-ubatan ini boleh diperoleh di kedai farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor.

Simpan ubat secara selamat dan betul :

1. Simpan ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.

2. Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan lain-lain) serta ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).

3. Simpan ubat dalam bekas yang asal.

4. Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.

 

Rujukan :

1. https://knowyourmedicine.gov.my/ms/infografik/ubat-yang-sesuai-dibawa-semasa-perjalanan-jauh 

2. http://www.myhealth.gov.my/penyimpanan-ubat-yang-betul/ 

3. Kenali Ubat Anda. (2012). Poster dan Meditips – Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat.