Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Program Gotong-Royong Kebun Lestari Di Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

 

Jawatankuasa Kelestarian, Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (UKKJ), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Program Gotong-Royong Kebun Lestari pada 10 Mei 2026 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi.

WhatsApp Image 2026 05 10 at 10.21.16

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya kelestarian dalam kalangan warga kerja di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan penjagaan alam sekitar. Aktiviti ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf melalui penglibatan secara berkumpulan.

WhatsApp Image 2026 05 10 at 15.12.48

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Lestari Walk dengan kerjasama Jawatankuasa USMFit, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kebun serta pelaksanaan projek kompos menggunakan sisa organik. Program ini mendapat kerjasama dan penglibatan yang baik daripada staf UKKJ yang hadir bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

WhatsApp Image 2026 05 10 at 11.04.30 Pokok limau selepas merumput

 WhatsApp Image 2026 05 12 at 16.17.41 Membuat kompos menggunakan sisa makanan                                      

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih hijau, bersih dan kondusif.Ini bagi menyokong usaha kelestarian kampus selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 3: Good Health And Well Being dan juga SDG 13: Climate Action.