Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Program Kelestarian & Khidmat Masyarakat Pos Beswok

8 ,9 Jun 2024-Kampung Beswok, Pos Yum, Sungai Siput.

Pengalaman yang sangat berharga bagi Unit Kesihatan buat julung kalinya kerana telah berjaya menganjurkan Program Kelestarian & Khidmat Masyarakat Orang Asli di Kampung Beswok, Pos Yum, Sungai Siput.

Seramai 17 staf telah menyertai program ini di mana kami bertolak pada 4.30 pagi dan sampai ke destinasi pada pukul 8.30 pagi Sabtu.

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah jungle trekking ke air terjun beswok. Rata-ratanya semua gembira menjayakan USMfit, menghayati keindahan alam semulajadi flora dan fauna yang indah, menghirup udara segar serta menikmati air terjun yang mendamaikan.

Seterusnya, bagi meraikan minggu kelestarian USM iaitu antara 4 hingga 8 Jun 2024, program turut mendapat penglibatan yang aktif dan sokongan yang baik daripada staf dalam slot Green Office pada waktu petang yang dikendalikan oleh Pegawai Kelestarian Unit Kesihatan,Dr Suriani Binti Ismail.

Setiap kumpulan diberikan tugasan berdiskusi mengikut pembahagian komponen penarafan Green Office USM.Pada hari kedua pula, kami memulakan hari dengan solat subuh berjemaah ,pengisian rohani ,bersarapan dan meneruskan program khidmat komuniti bersama penduduk kampung orang Asli yang bermula pada 9 pagi sehingga ke tengahari.

Antara khidmat komuniti yang dijalankan ialah saringan kesihatan, pemeriksaan gigi dan pameran kesihatan. Selain itu turut diselitkan perkongsian santai pendidikan keselamatan reproduktif si kecil; sentuhan selamat dan tidak selamat serta pertandingan mewarna kanak-kanak juga mendapat penglibatan yang baik daripada kanak-kanak yang hadir.

Selain mencapai objektif program iaitu bermatlamatkan khidmat komuniti, aktiviti kelestarian & USMfit , penglibatan staf dalam kerjasama memasak dan disepanjang program di Beswok turut mencapai objektif iaitu membina hubungan baik dan semangat kerjasama dalam pasukan.

Momen-momen yang indah dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program pasti tersemat di hati masing-masing.
Diharap semoga program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang di lokasi yang berbeza pula.

Terima kasih dan tahniah kepada Pengarah program Dr Azma Hayati dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini daripada awal lagi.

#SustainabilityUSM#SDG3#MingguKelestarianUSM#KhidmatMasyarakat                  

                              beswok 1

                              beswok 8

                               beswok 6

                              beswok 7