Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

PENANAMAN 28 ANAK POKOK SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

Sekalung penghargaan kepada semua  staf Unit Kesihatan yang diselia oleh Puan Nor Fiza Mat Salleh yang telah terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Penanaman 1 Juta Pokok Peringkat USM sempena Hari Bumi 22 April 2024.
Unit Kesihatan telah berjaya menanam sebanyak 20 anak pokok limau kasturi dan 8 anak pokok paya kelat.
Program ini diharapkan dapat memantapkan lagi elemen kelestarian sedia ada pada staf Unit Kesihatan seterusnya membantu dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari 2030 terutamanya SDG13,
Tindakan Iklim.

                            tanam pokok 3
 
                            tanam pokok 2
 
                            tanam pokok 1