PROJEK SYANTAH RAMADAN 1445H UNIT KESIHATAN
26 Mac 2024(15 Ramadan 1445H) - Unit Kesihatan di bawah inisiatif Jawatankuasa Kelestarian telah berjaya menganjurkan Projek Sumbangan Syantah Ramadan 1445H buat pelajar USM B40 dan beberapa staf Unit Kesihatan yang memerlukan.
Seramai 30 pelajar dari pelbagai pusat pengajian hadir ke klinik menerima sumbangan.Serahan di buat oleh Ketua ,Unit Kesihatan iaitu Dr Farhi Bin Abidin dan penyelia projek.
Projek ini yang mana diselia oleh Jururawat Siti Norlia Binti Mat Nayan dan pasukan telah dirancang awal bermula sebulan sebelum Ramadan berobjektifkan galakan kepada staf Unit Kesihatan berkongsi rezeki masing-masing dengan pelajar yang memerlukan sempena Ramadan yang mulia sekaligus dapat menjayakan matlamat kelestarian Kampus Sejahtera USM.
Terima kasih dari kami juga buat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI ) Kampus Kejuruteraan atas usahasama turut membantu Unit Kesihatan secara tidak langsung dalam menjayakan promosi projek ini.
Senyuman Mereka, Kegembiraan Kami.