GOTONG-ROYONG TAMAN MINI LESTARI 2024 SIRI 1 DAN COMBI CEGAH AEDES
3 Februari 2024-Staf UnitKesihatan tidak melepaskan peluang hari hujung minggu dengan beriadah ,bergotong –royong menghias dan membersihkan Taman Mini Lestari yang di anjurkan oleh JK Kelestarian Unit Kesihatan. Projek Taman Mini Lestari ini asalnya di namakan Taman Herba telah dirancang oleh Puan Nor Fiza Binti Mat Salleh,Penolong Pegawai Farmasi merangkap penyelaras taman herba bermula dari tahun 2022. Beliau dan rakan-rakan dari JK Kelestarian memulakan tanaman pokok-pokok herba dan tanaman hiasan yang terdiri daripada pokok kunyit, halia, daun kesum ,daun kari,daun bayam brazil dan
beberapa jenis pokok bunga.
Bagi menyokong dan menjayakan amalan hijau ini, projek ini diteruskan dengan gotong –royong bersiri bagi tahun 2024.Antara aktiviti yang adalah membersihkan rumput dalam taman, mengecat pasu lama,menggunakan semula tayar lama sebagai pasu ,dan membina dekorasi pintu gerbang Taman Mini Lestari menggunakan batang buluh.Sambil beriadah mengeluarkan peluh,staf dapat mengeratkan hubungan disamping menjadi terapi minda dengan
menikmati kehijauan tanaman.
Selain itu, kumpulan kedua seramai 4 orang staf diketuai Dr Suriani turut menyertai aktiviti 30 minit dalam mencari dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar kawasan klinik.Antara tempat yang menjadi tumpuan pembiakan nyamuk seperti air tadahan 'Coway' ,piring tadahan pasu bunga, bawah sinki .Usaha ini bagi menjayakan aktiviti COMBI –Cegah Aedes dalam kalangan staf.
Semoga amalan hijau ini terus menjadi amalan kendiri semua staf samaada di tempat kerja mahupun di rumah bagi mencegah Aedes disamping meraih kesejahteraan minda ,kesihatan fizikal dengan amalan berkebun.
Laporan disediakan oleh :
JK Kelestarian Unit Kesihatan