USM GREEN UNIT KESIHATAN 2022
Bagi menjayakan aktiviti kelestarian Universiti menerusi amalan kampus sejahtera, selari dengan agenda kelestarian global , Unit kesihatan telah berjaya memupuk amalan 'USM Green ' dalam kalangan staf.
Berikut merupakan aktiviti USM Green Unit Kesihatan sepanjang antara September sehingga Desember 2022:
1. Mengadakan 5s dalam ruangan stesen kerja masing-masing. Mengumpulkan kotak-kotak terpakai seterusnya di jual kepada pusat pengumpulan bahan terpakai.Penyelaras bahan recycle (Kotak) En raof PPK Unit Kesihatan dengan kerjasama semua staf telah berjaya menjual kotak-kotak ,kertas dan buku terpakai sebanyak anggaran 100 kg.
2. UKKJ Green Lanskap
Penyelaras Green Lanskap di ketuai oleh Puan Norfiza Mat Salleh ;Pembantu Penolong Farmasi telah berjaya mengadakan gotong royong bersama staf menanam pokok-pokok herba dan bunga serta melabel nama pokok-pokok herba tersebut.Selain itu bahan-bahan terpakai seperti tayar turut dimanfaatkan menjadi pasu. DIY tayar terpakai menjadikan pasu telah mendapat idea dan dekorasi daripada En Mohd Azlan Bin Mohamad Abdul Wahab ;Pegawai Juruteknologi Makmal Perubatan.
3. Pengamalan bahan terpakai dalam klinik.
4. Penyeragaman penlabelan bagi membawa imej baru kepada klinik.
'Signage' lama diperbaharui dengan penyeragaman 'signage' baru.
Semoga staf Unit Kesihatan dan semua warga USM terus dapat mempraktik amalan 'USM Green' bagi menjayakan bersama agenda kelestarian Universiti.