Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

USM GREEN UNIT KESIHATAN 2022

Bagi menjayakan aktiviti kelestarian Universiti menerusi amalan kampus sejahtera, selari dengan agenda kelestarian global , Unit kesihatan telah berjaya memupuk amalan 'USM Green ' dalam kalangan staf.

Berikut merupakan aktiviti USM Green Unit Kesihatan  sepanjang antara September sehingga Desember 2022: 

1. Mengadakan 5s dalam ruangan stesen kerja masing-masing. Mengumpulkan kotak-kotak terpakai seterusnya di jual kepada pusat pengumpulan bahan terpakai.Penyelaras bahan recycle (Kotak) En raof PPK Unit Kesihatan dengan kerjasama semua staf telah berjaya menjual kotak-kotak ,kertas dan buku terpakai sebanyak anggaran 100 kg.

IMG 20221102 154516 1 1

2.  UKKJ Green Lanskap
Penyelaras Green Lanskap  di ketuai oleh Puan Norfiza Mat Salleh ;Pembantu Penolong Farmasi telah berjaya mengadakan gotong royong bersama staf menanam pokok-pokok herba dan bunga serta melabel nama pokok-pokok herba tersebut.Selain itu  bahan-bahan terpakai seperti tayar turut dimanfaatkan menjadi  pasu. DIY tayar terpakai menjadikan pasu telah mendapat idea dan dekorasi daripada En Mohd Azlan Bin Mohamad Abdul Wahab ;Pegawai Juruteknologi Makmal Perubatan.

 lanskap

recycle tayar

3. Pengamalan bahan terpakai dalam klinik.

Beg recycle

dispen recycle beg

 

4. Penyeragaman penlabelan  bagi membawa imej baru kepada klinik.

IMG 20221102 151912 3

'Signage' lama diperbaharui dengan penyeragaman 'signage' baru.

IMG 20221102 153628 1 1

Semoga staf Unit Kesihatan dan semua warga USM terus dapat mempraktik amalan 'USM Green' bagi menjayakan bersama agenda kelestarian Universiti.