SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU 2024; "Menyusukan dengan Cinta, Menyokong dengan Ilmu"
Unit Kesihatan mengucapkan Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu 2024 kepada semua ibu warga USM yang terlibat dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penyusuan susu ibu bagi kesihatan bayi dan ibu, serta manfaatnya kepada masyarakat.
Tema tahun ini ialah "Menyusukan dengan Cinta, Menyokong dengan Ilmu" menekankan pentingnya penyusuan susu ibu bukan sahaja sebagai satu bentuk kasih sayang, tetapi juga sebagai satu amalan yang memerlukan sokongan dan pengetahuan dari segi kesihatan dan psikologi. Selain daripada manfaat pemakanan, penyusuan juga berperanan penting dalam mengukuhkan ikatan emosi antara ibu dan bayi, menyokong perkembangan sihat fizikal dan mental si kecil.
Ia menekankan peranan dan sokongan bersama antara ibu, suami,keluarga, komuniti, pakar atau kaunselor laktasi serta warga pertugas kesihatan untuk memberi keyakinan kepada ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak mereka dan memastikan ibu-ibu diberi bimbingan yang tepat, serta persekitaran yang mesra untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif termasuk ditempat kerja atau hospital mesra bayi.