Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Kempen Derma Darah

 Kempen Derma Darah

Nibong Tebal - 13 Februari 2018  Kempen menderma darah telah berjaya dijalankan di bilik seminar Unit Kesihatan. Kempen derma darah ini bermula dari jam 9 pagi hingga 3.00 petang. Kerjasama dari pihak Hospital Seberang Jaya telah membantu dalam program derma darah ini.

Seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan USM Kampus Kejuruteraan telah terlibat dalam program derma darah kali ini. Semoga pada masa akan datang lebih ramai staf dan pelajar dialu-alukan untuk bersama-sama menjayakan program seperti ini.