Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Selamat Datang Ke Unit Kesihatan

Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan USM mula ditubuhkan pada 2001, setelah cawangan Kampus Kejuruteraan di Tronoh dipindahkan ke Nibong Tebal. Ia dikendalikan oleh tiga orang Pegawai Perubatan dan seorang Pegawai Pergigian dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Perubatan, lima orang Jururawat, dua orang Penolong Pegawai Farmasi, seorang Juruteknologi Makmal Perubatan, dua orang Pembantu Perawatan Pergigian, seorang Pemandu dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Unit Kesihatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelajar, tanggungan pelajar, kakitangan, tanggungan kakitangan dan keseluruhan warga Universiti termasuk pelawat rasmi universiti. Ia menyediakan perkhidmatan pesakit luar bagi kes-kes ringan juga rawatan kecemasan. Bagi kes-kes yang serius akan dirujuk kepada lain-lain hospital berdekatan seperti Hospital Parit Buntar, Hospital Daerah Sungai Bakap, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Seberang Jaya dan juga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM. 

Unit Kesihatan juga bertanggungjawab memastikan kebersihan alam sekitar kampus untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes dan penyakit berjangkit serta menjaga tahap kebersihan kantin supaya tahap mutu makanan dan pekerjanya adalah memuaskan untuk menjamin kesihatan yang sempurna kepada pelajar dan masyarakat kampus.