Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Program Kesihatan "Beauty Come From Our Heart”

Nibong Tebal- 24 Januari 2018. Program kesihatan bertajuk “Beauty Come From Our Heart” telah dijalankan di dewan Seminar Pentadbiran ,Kampus kejuruteraan. Aktiviti pertama dimulakan dengan Senaman Tua yang dikendalikan oleh En. Mohd Wazir bin Abu Bakar, seorang Penolong Pegawai Perubatan daripada IPPT, Bertam. Senaman dilakukan bersama dengan semua peserta yang hadir. Pendidikan kesihatan juga turut diberikan kepada para peserta semasa sesi senaman itu.

 Beauty Comes From Our Hearts.1

Selepas itu, program diteruskan dengan ceramah kesihatan yang diberikan oleh penceramah kedua Dr. Eshaifol Azam bin Omar seorang pegawai perubatan dari IPPT, Bertam dan juga selaku pegawai Penyelaras Penyelidikan Klinikal, Kluster Perubatan Intergratif IPPT ,Bertam. Beliau menerangkan mengenai pengambilan ubatan herba secara selamat dan betul. Dalam ceramah beliau memberikan garis panduan dalam menilai sesuatu herba itu selamat atau tidak untuk diambil. Beliau juga menekankan pengambilan herba secara semulajadi berbanding produk di pasaran kerana diragui kandungannya. Selain itu, Dr Eshaifol juga menceritakan kebaikkan dan keburukan pengambilan herba tertentu.

Beauty Comes From Our Hearts

Slot ketiga pula diisi oleh Aktiviti Ceramah oleh pegawai pemakanan Puan Ong Bee Ean, pegawai pemakanan dari Hospital Parit Buntar. Tajuk yang disampaikan ialah  “Lifestyle Modification to Stay Healty”. Beliau memberikan maklumat tentang pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mencapai sasaran yang dibuat.

Program kesihatan ini berakhir pada jam 12.30pm. Semoga ilmu yang disampaikan mendapat kebaikan buat warga staf Kampus Kejuruteraan.