Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

SARINGAN KESIHATAN PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN DAN SUMBER MINERAL

NIBONG TEBAL – 28 Februari 2024 . 
Prevalens penyakit Non-Communicable Diseases (NCDs) berdasarkan kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey, NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019 menunjukkan menunjukkan kadar penyakit  diabetes meningkat daripada 13.4% pada tahun 2015 kepada 18.3% tahun 2019 atau 1 dalam 5 orang dewasa di Malaysia menghidap kencing manis. Manakala prevalens penghidap Darah tinggi adalah sebanyak 30% atau 3 dalam 10 dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi.Sebahagian mereka tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit darah tinggi.

Di antara faktor-faktor risiko penyakit NCD yang telah dikenalpasti  berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 adalah seperti berikut obesiti,berlebihan berat badan (overweight) ,Perokok atau Vape ,Pengambilan alkohol dan gaya hidup  sedentari (Tidak aktif).

Berdasarkan Tinjauan NHMS 2019, sebanyak 50% di kalangan dewasa di Malaysia adalah dalam kategori berlebihan berat badan atau obese  di mana 54.7% adalah golongan wanita, 63.9% berbangsa India dan 60.9% berumur di antara 55 sehingga 59 tahun.

Didapati 1 daripada 4 orang dewasa adalah tidak aktif fizikal. Di mana 28% adalah golongan wanita, 59% berumur 75 tahun ke atas, 39% adalah di kalangan pelajar dan 27% daripada lokaliti bandar.

Tanpa pencegahan dan kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan secara rutin, ramai yang tidak mengetahui status kesihatan mereka.Akibatnya, berkemungkinan untuk mendapat komplikasi daripada penyakit NCD di atas seterusnya mengganggu kualiti hidup seseorang. Antara penyebab kematian yang utama di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular seperti angin ahmar,strok atau penyakit jantung.Selain itu penyakit NCD tersebut juga boleh menyebabkan komplikasi kemerosotan dan kegagalan buah pinggang dan lain lagi.

Justeru , antara inisiatif baik di USM dalam menjayakan Kampus Sejahtera;matlamat SDG 3 iaitu memastikan staf sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur ialah mempromosikan sebanyak mungkin saringan kesihatan dalam kalangan staf USM.

Alhamdulillah ,sebagai pembuka tirai 2024,Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral  PPKBSM telah menjemput Unit Kesihatan mengadakan saringan kesihatan bertempat di Dewan Seminar PPKBSM.Seramai 36 orang yang hadir melakukan saringan.   

  Sarinagn kesihatan pendaftaran

saringan kesihatan ambil darah gambar saringan kesihatan Dr

Semoga penganjuran seperti ini dapat menjadi pencetus semangat untuk staf lebih aktif mengamalkan gaya hidup sihat ,mencegah dan menerima  rawatan  penyakit serta intervensi awal lain.
Tahniah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral  PPKBSM atas penganjuran program tersebut.

sarinagn kesihatan bahan