Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

USM FIT : KEJOHANAN BADMINTON UKKJ 2023

22 Julai 2023 Kompleks Sukan USM Kampus Kejuruteraan

 

AKTIVITI

     Pertandingan badminton ini diadakan secara sistem liga di bawah tiga kategori iaitu Beregu Lelaki, Beregu Wanita & Perseorangan Wanita. 

     Program dimulakan pada pukul 8.00pagi dengan sesi taklimat kepada peserta mengenai peraturan ringkas badminton dan tugasan semua ahli jawatankuasa. Seterusnya sesi “warming up” dilakukan secara berkumpulan sebelum permainan dimulakan dan ditegaskan untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan keradangan pada otot. Tepat jam 9.00pagi, perlawanan dimulakan di dua court serentak. 

Kejohanan Badminton 01

     Aktiviti yang dirancang pada hari tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah mengikut aturan permainan yang telah disusun. Perlawanan akhir antara Dr Farhi & En Azlan menentang En Safuan & En Raof merupakan perlawanan paling sengit dan berakhir dengan kemenangan pasangan beregu Dr Farhi & En Azlan. 

     Perlawanan berakhir pada 2.30petang dan diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Dr Farhi bin Abidin, Ketua Jabatan Unit Kesihatan dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Sebelum bersurai, semua staf bersama-sama mengemas dan membersihkan gelanggang badminton. Program tamat pada pukul 3.00petang.