Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Program Outreach Kulim 2023 

 

08.jpg

20.03.2023, Isnin- Satu program bersama pelajar sekolah yang dikenali sebagai Program Outreach Kulim telah diadakan di Dewan Muadzam Shah Politeknik Kulim.

Program OUTREACH KULIM merupakan Kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) , Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Penghuni Desasiswa Restu  ( MPDR ) USM.

07

Dengan bertemakan “Level Up”, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah terutamanya pelajar TINGKATAN Lima dan Tingkatan Enam, Guru-guru kaunseling berkenaan panduan dan maklumat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam/ Politeknik/ Kolej Komuniti khususnya di sekitar darah Kulim,Kedah dan Bertam, Pulau Pinang.

06

Terima Kasih kepada pasukan kesihatan Pusat Sejahtera dan Unit Kesihatan yang telah bekerjasama dan terlibat sama dalam menjayakan program outreach ini.

#LEVELUP #OUTREACHKULIM #WOWHEBAT