Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Program Kesedaran Dan Ujian Saringan Kanser Serviks

Program Kesedaran Dan Ujian Saringan Kanser Serviks

Julung julung kalinya selepas covid 19 melanda dunia, segala program dan pergerakan terbatas, namun Alhamduliilah mulai April 2022 Malaysia melangkah ke fasa endemic dan program bersemuka dibenarkan dengan SOP tertentu. 

Mengambil peluang itu, Unit Kesihatan berbesar hati menerima kunjungan Prof Liong Min Tze dan Dr Salina Sany sebagai penceramah untuk “Program Kesedaran dan Ujian Saringan Kanser Serviks” yang berlansung pada 3 jun 2022 di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran, Kampus Kejuruteraan USM. Mensasarkan golongan wanita yang merupakan staff, tanggungan staff serta pelajar yang berumur lingkungan 18 tahun ke atas dan pernah melakukan hubungan kelamin sebagai peserta. 

Program Kesedaran dan Ujian Saringan Kanser Serviks

Ceramah pertama disampaikan oleh Dr Salina, pakar sakit puan PPUSM yang bertajuk ‘Pensampelan sendiri HPV sebagai Ujian Saringan Kanser Serviks’. Selain daripada ujian pap smear yang kebiasaanya ada dilaksanakan di klinik kesihatan, pensampelan HPV juga membantu untuk saringan kanser serviks. Menariknya, pensampelan HPV ini boleh diambil sendiri.    

Prof Dr Liong Min Tze, pensyarah  fakulti Biotech di USM menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Probiotic dan kesan kepada kesihatan wanita’. Melalui kajian yang dijalankan oleh professor Liong, probiotic memberi impak positif terhadap kesihatan wanita dan setiap peserta dibekalkan dengan sampel probiotic. 

Program separuh hari ini ditutup dengan acara gambar bersama. Semoga program seperti ini dapat dijalankan pada masa hadapan dan semoga setiap peserta yang hadir, pulang dengan ilmu yang baru dan dapat kekal mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Program Kesedaran dan Ujian Saringan Kanser Serviks.1

Program Kesedaran dan Ujian Saringan Kanser Serviks.2