Skip to main content

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan

Hari Bersama Si Cilik Pusat Islam

 26 Ogos 2022 - Unit Kesihatan telah berkolaborasi dengan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM dalam menganjurkan satu program kesihatan bersama dengan pelajar di Tadika Pusat Islam yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun. 

Program dimulakan pada 9.30pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari wakil Pusat Islam, Ustazah Nor Fadhilah binti Wahab.Ceramah pertama disampaikan oleh Dr Suriani,dengan tajuk Safe Circle.  Pelajar didedahkan tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat secara tidak langsung mendidik tentang keselamatan seksualiti kanak - kanak. 

Hari Bersama Si Cilik Pusat Islam

Ceramah kedua pula  memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik yang betul untuk membasuh tangan ,etika batuk dan penyakit  berjangkit yang mana  disampaikan oleh Dr Sakinah.

Kedua-dua penceramah merupakan Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan.

Pegawai Pergigian dari Unit Kesihatan; Dr Azma Hayati  pula telah mengetuai Unit Pergigian dalam mempromosikan kesihatan gigi dan teknik menggosok gigi dengan betul. Setelah demonstrasi teknik menggosok gigi,  pemeriksaan gigi  secara percuma ditawarkan kepada pelajar dan di beri hadiah cenderahati berupa  ubat gigi, berus gigi dan buku tentang penjagaan gigi. 

Hari Bersama Si Cilik Pusat Islam.2

Hari Bersama Si Cilik Pusat Islam.1

Program tersebut diakhiri dengan praktikal menggosok gigi dan penyampaian cenderahati kepada wakil Pusat Islam. Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua peserta.

Hari Bersama Si Cilik Pusat Islam.3

Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dan program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh,

Dr Sakinah Md Yusof