TRANSFORMERS DIABETES

Program Pengurusan Pesakit Diabetes " Transformers Diabetes"

 

31 Januari 2019, Khamis - Unit Kesihatan telah menganjurkan satu program kesihatan berkaitan pengurusan pesakit Diabetes di Dewan Seminar Bangunanj Pentadbiran, Kampus Kejuruteraan.

Program ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Program ini dimulakan dengan senaman pagi di atas kerusi untuk pesakit kencing manis oleh En Nor Himan daripada IPPT. Senaman ini sangat sesuai bagi pesakit kerana ianya lebih santai serta tidak memerlukan tenaga dan pergerakan yang banyak yang boleh membebankan pesakit.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan ceramah kesihatan yang pertama oleh Dr mastura yang bertajuk "Pengurusan Pesakit Diabetes". Dr Mastura berbincang berkenaan dengan corak pemakanan betul yang boleh membantu mengawal tahap kesihatan pesakit. Beliau juga menerangkan kepentingan mengambil ubat-ubatan secara betul iaitu mengikut dos dan masa yang telah ditetapkan oleh doktor. Pesakit kencing manis perlu mengetahui amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk mengelak sebarang komplikasi kronik atau acute.

Ceramah kedua disampaikan oleh Prof Madya Dr Munir daripada Kampus Induk. Beliau menerangkan tentang senaman yang betul boleh membantu menurunkan kadar gula dalam badan dan mengawal penyakit kencing manis. Senaman menggalakkan sensitivity insulin dalam badan dan dapat mengawal penyakit kencing manis.

Ceramah terakhir disampaikan oleh Pegawai Pemakanan daripada Hospital Sungai Bakap Pn . Beliau menceritakan tentang jenis-jenis makan yang boleh dimakan, kadar atau sukatan makanan yang boleh diambil, kekerapan mengambil makanan, masa di antara waktu makanan dan jadual pengambilan makan dan ubat juga pada masa bulan Ramadhan.